



Semasa
ALL GAU-TIM! WH, THE CHEMPEN
Rancangan kita semua pada awal pagi hari ini adalah berkumpul di rumah Keano sebelum kita bertolak besama-sama ke Dataran Merdeka. Kita menjangkakan bahawa kita akan sampai di destinasi sebelum pukul 6 pagi, akan tetapi gagal membuat sedemikian kerana kita tidak mengetahui tempat meletak kereta yang berdekatan dengan kawasan marathon. Walau bagaimana pun, kita mampu mencari tempat yang sesuai untuk meletak kereta. Kemudian, kita menghala ke arah tujuan dataran merdeka dan membuat persedian dari segi fisikal dan mental buat kali terakhir sebelum memulakan larian. Jurugambar kita yang berpengalaman, Prisi telah menangkap beberapa keping gambar sebagai kenangan. Sejurus kemudian, larian bermula dan masing-masing menjejakkan langkah yang pertama dengan penuh semangat kesukanan. Acara berakhir pada lebih kurang 9 pagi. Masing-masing berasa penat tetapi berasa besar hati dan berpuas hati dengan usaha yang telah dicurahkan. Kita menjamu selera di Bliss dan kemudian masing-masing pulang ke rumah untuk mem-babi.
*Pats on mein's shoulder*..you've done a good job writing in BM..muahaha.


